Monday 4 January 2010

Realisasi transformasi besar

Realisasi transformasi besar

TAHUN 2009 telah melabuhkan tirai. 2010 baru bermula menggamit seluruh penduduk dunia. Tahun pertama untuk dekad kedua bagi abad ke-21. Bermula tahun ini juga, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan. Dunia semakin global menjadi sebuah 'kampung' yang mudah untuk berulang-alik.

Tidak kira sama ada manusia, barangan dan perkhidmatan, semuanya mudah untuk masuk dan keluar dari sebuah negara ke sebuah negara lain dengan sekatan paling minimum. Tahun 2010 menandakan 53 tahun Malaysia telah bebas daripada belenggu penjajahan beratus-ratus tahun lamanya oleh negara Barat.

Tahun 2010 juga bermakna tinggal 10 tahun lagi untuk negara kita bertaraf maju, rakyatnya berpendapatan tinggi, mentaliti kelas pertama dan paling penting, penduduknya bersahsiah tinggi.

Justeru, Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bersama-sama Petunjuk Utama Prestasi (KPI) telah diumumkan. Dua inisiatif ekonomi juga bakal diumumkan, selain melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Rakyat menanti dengan penuh minat pengumuman kedua-dua inisiatif ekonomi itu. RMK-10 inisiatif jangka pendek dan sederhana yang bakal dilaksanakan untuk tempoh lima tahun pertama akan datang. Ini disusuli pula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Strategi-strategi yang cukup ampuh untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dari semua segi diperkenalkan.

Bermula tahun ini, rakyat ingin melihat satu persatu hasil yang bakal diusahakan oleh kerajaan. Usaha kerajaan tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat.

Rakyat perlu memahami keseluruhan inisiatif kerajaan. Kerajaan memerlukan penglibatan rakyat 100 peratus. Tanggungjawab ini seharusnya bermula daripada pemimpin pelbagai peringkat dan mereka mestilah secara konsisten turun ke padang memberi penerangan kepada rakyat.

Setiap individu rakyat Malaysia semuanya mempunyai peranan amat penting untuk membawa Malaysia menongkah arus ke landasan yang betul menjadi sebuah negara maju.

Setiap idea dan pandangan bakal membawa negara memperoleh kejayaan lebih cemerlang. Kreativiti, inovatif, produktiviti dan bernilai tinggi bakal meletakkan semula negara di persada dunia selepas jatuh merudum akibat krisis ekonomi Asia 1997/1998.

Malaysia kini tidak dilihat lagi sebagai negara yang menggerunkan kuasa ekonomi Asia yang lain. China, India, Vietnam dan Indonesia sedang dan telah mengambil tempat.

Di sebalik ini, ada hikmahnya. Cabaran mendatang bukan setakat 'ribut taufan' yang berkemungkinan melanda negara, bahkan tidak mustahil 'tsunami' membadai negara.

Jadi, sewajarnya kita memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersiap siaga menempuh segala cabaran. Malaysia telah menghadapi pelbagai cabaran. Semuanya telah diharungi dengan baik.

Pengalaman yang diperoleh selama ini memberi pengajaran paling berguna untuk Malaysia dan rakyatnya menempuh segala liku-liku yang mendatang. Kerajaan dan rakyat perlu bangkit semula dengan lebih bertenaga untuk memakmurkan negara selepas dunia dilanda pelbagai krisis.

Krisis ekonomi mengajar negara untuk memperkukuhkan sistem kewangan dan perbankan negara.

Kedua-dua sistem ini sewajarnya menjadi 'penampan' sebarang krisis ekonomi, bukannya penyebab berlakunya krisis. Krisis ekonomi juga mengajar rakyat agar lebih memahami tentang instrumen kewangan. Berhati-hatilah mengenai sebarang penyelewengan kewangan. Penyelewengan wajar dibenci. Ketamakan wajib dijauhi.

Mana-mana negara sekalipun tidak akan maju serba-serbi jika ada segelintir rakyatnya yang berkuasa melakukan penyelewengan dan rasuah. Enron, Parmalat, WordCom, Citibank, American International Group (AIG) adalah sebahagian kecil contoh ketamakan manusia di negara yang ekonominya maju tetapi rakyatnya bersahsiah rendah.

Apalah gunanya negara maju tetapi rakyatnya bersahsiah rendah? Janganlah pula berinovasi mencipta sesuatu yang menyeleweng.

Pemenang hadiah Nobel Ekonomi, Joseph E. Stiglitz pernah menyatakan inovasi sepatutnya untuk menyempurnakan lagi pasaran ekonomi agar lebih cekap dan stabil, bukannya disalahguna untuk menyusahkan penduduk dunia sekali gus merosakkan bumi ini. Akibatnya, hanya kerana segelintir manusia yang tamak melakukan penyelewengan, seluruh dunia rosak teruk. Inilah penangan manusia yang tamak yang melakukan penyelewengan.

Jadi, integriti dan sahsiah tinggi wajib dipupuk di kalangan anak-anak Malaysia. Kita tidak mahu apa yang terjadi di negara barat terjadi di sini. Pada ketika itu, menyesal pun tiada gunanya. Masalah sosial perlu ditangani segera secara berhemah.

Anak-anak Malaysia mestilah benar-benar berprestasi tinggi dari semua sudut. Tidak lesu tetapi sentiasa segar untuk berbakti kepada negara. Bertanggungjawab dan amanah. Berani ke hadapan melontar idea di luar kotak. Berani berkomunikasi. Pandai berpidato. Cerdik bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi mampu membahaskan ilmu yang diajar dengan penuh kritis dan berwibawa.

Hebat dalam kokurikulum dan kurikulum tetapi tetap merendah diri. Inilah cabaran yang perlu kita hadapi. Sebagai permulaan, menstruktur semula markah kokurikulum di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 30 peratus daripada hanya 10 peratus akan membantu ke arah menjadikan para penuntut di universiti lebih berketerampilan tinggi.

Budaya keusahawanan juga wajar dibentuk di universiti. Janganlah mengukur kejayaan mereka berdasarkan paling banyak A semata-mata. Pentaksiran kecemerlangan mestilah lebih menyeluruh.

Begitu juga, pengumuman sebanyak 20 buah sekolah berprestasi tinggi pada bulan ini bakal merealisasikan cita-cita tersebut. Namun, janganlah pula meminggirkan sekolah-sekolah lain, tidak kira sekolah kluster, bestari mahupun yang tidak mempunyai 'jenama'.

Kesemua anak-anak Malaysia tidak kira di bandar mahupun di luar bandar mempunyai keistimewaan tersendiri untuk memacu negara ke hadapan. Di sini, dapatlah kita lihat bahawa pendidikan dan ekonomi adalah 'senjata ampuh' bagi merealisasikan agenda negara ke arah negara maju.

Kedua-duanya bakal membentuk teras utama negara untuk memperoleh daya saing tinggi negara yang berorientasikan perpaduan 1Malaysia! Tahun 2010, permulaan untuk merealisasikan segala transformasi besar negara.

Penulis ialah pensyarah kanan

Perakaunan dan Kewangan

Kolej Perniagaan (COB)

Universiti Utara Malaysia

Saturday 2 January 2010

Back Home - a service with CARE

Wanted list


Ng Ping Ho of BackHome shares some tips on what backpackers look for in a hostel:

1. Comfort

Backpackers walk a lot in the sun or rain, and in congested, smoggy, noisy cities. At the end of their day, they just want to return to somewhere comfortable and cosy, where they can rest their weary bodies.

2. Cleanliness

Nothing puts off a guest more than bed bugs, cockroaches and dirt! You don’t have to be a five-star hotel to be spotless.

3. Kindness

You can be clean and comfy but what makes a place stands out is its warmth, personalised service and friendliness.

“I’ve met people who can afford hotels but prefer to stay in a backpacker establishment for these reasons and to talk to locals and mingle with fellow travellers,” says Ng.

4. Experience/adventure

Convenience is key for most backpackers.

But what really sells a place is also the experience — say, a hostel at the edge of a cliff or in a jungle.

People travel to look for adventure, so if you provide it, they’ll come, Ng adds.

5. Sincerity

Deliver what you promised. Backpackers are used to being ripped off. So they’re always on their guard.

They appreciate honesty.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/11/28/lifetravel/5194511&sec=lifetravel

Also read: http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/11/28/lifetravel/5173573&sec=lifetravel

Architectural award: http://www.theedgeproperty.com/multimedia/photo/1204-impressive-regeneration-of-back-home.html

http://www.backhome.com.my

Talents



The only way talents can flourish is to let them believe in themselves.